Saturday, March 24, 2012

lobak,telur, kopi

Sekadar renungan..
Cerita nie sy ambik dari paper..menarik jugak laa..
Kisah dan teladan
Lobak, telur, kopi. Anda yang mana satu ?
Seorang anak mengeluh kepada bapanya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa kehidupannya begitu sukar dan menyakitkan. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalap kehidupannya. Dia sudah letih untuk berjuang. Setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Bapanya, seorang tukan masak, membawanya kedapur. Dia mengisi tiga periuk dengan air dan menjerangnya diatas api. Setelah air mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi diperiuk terakhir.
Setelah 20 minit si bapa mematikan api, menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk. Dia mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk lain. Manakala kopi diletakkan didalam satu lagi mengkuk. Lalu dia bertanya kepada anaknya ‘’apa yang kau lihat?lobak, telur dan kopi’’ jawab si anak.
Bapanya memintanya merasakan lobak itu. Si anak melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu begitu enak. Bapany mmintanya mengambil telur dan memcahkannya. Setelah membuang kulitnya dia mendapat sebiji telur rebus yang mengeras.
Akhir sekali, bapanya memintanya untuk mencicipkan kopi pula. Dia tersenyum ketikan mencicipinya kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu si anak bertanya ‘’ apa erti semua ini ayah?’’
Bapanya menerangkan bahawa ketika tiga bahan itu menghadapi kesulitan yang sama, iaitu perebusan. Tetapi masing2 menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan mukar dipatahkan. Tetapi seltelah direbus, lobak menjadi lembut. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang brupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
Serbuk kopi pula mengalami perebusan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
‘’kamu termasuk yang mana?’’ tanya bapanya. ‘’air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?apakah kamu lobak, telur, atau kopi?
Bagaman dengan anda? Apakah anda lobak yang kelihatan keras, tetapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan?
Atau apakah anda sebiji telur? Yang luarnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis?namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian, atau kegagalan, ia menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama,tetapi apakan anda menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah anda serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimumnya paa suhu 100 darjah celcius.
Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika anda seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, anda akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar anda juga semakin baik...

No comments:

Post a Comment